Teori-teori kecerdasan membantu pelajar mengembangkan bakat dan
minat dalam bidang-bidang akademik dan bukan akademik. Persepsi masyarakat
tentang kecerdasan biasanya menjurus kepada kepintaran dan kebijaksanaan
pelajar dalam bidang akademik sahaja. Walhal kecerdasan berkait rapat dengan
cara pelajar memproses maklumat secara terperinci bagi menyelesaikan sesuatu
masalah dalam pembelajaran dan kehidupan seharian mereka. Secara umumnya,
kecerdasan boleh ditakrifkan sebagai kesempurnaan akal iaitu akal yang
berfikir, mengerti dan lain-lain. Begitu juga seperti kepandaian, kecerdikan
dan keintelektualan. Definisi kecerdasan ini terus berubah dan berkembang dari
masa ke semasa berdasarkan penemuan saintifik dan pengumpulan maklumat-maklumat
yang baru begitu juga dengan teori-teori kecerdasan. Terdapat pelbagai
pandangan dan teori yang diberikan oleh tokoh-tokoh psikologi untuk menerangkan
kecerdasan manusia.
Disini saya
diberikan tugasan untuk membincangkan dapatan ujian kecenderungan Kecerdasan Pelbagai
Howard Gardner(1983) ke atas 2 orang pelajar yang terpilih dengan sokongan data
yang diperolehi melalui analisis dokumen pelaporan pencapaian pelajar. Menurut
Horward Gadner (1983) teori kecerdasan pelbagai terdapat sembilan kecerdasan
pada manusia iaitu Kecerdasan Musik (Music Smart), Kecerdasan Logik-Matematik (Math
Smart), Kecerdasan Naturalis (Nature Smart), Kecerdasan Verbal Linguistik (Word
Smart), Kecerdasan Kinestetik (Body Smart), Kecerdasan Interpersonal (People
Smart), Kecerdasan Intrapersonal (Self Smart), Kecerdasan Ruang-Visual (Picture
Smart) dan Kecerdasan Eksistensialisme (Wondering Smart).
Melalui temubual
dan analisis dokumen kepada 2 orang pelajar yang dipilih dari seorang yang
cemerlang dan seorang yang lemah saya dapati 4 Kecerdasan Pelbagai yang
diperolehi serta yang paling tinggi ialah Kecerdasan Interpersonal (People
Smart) iaitu kebolehan dalam memahami orang lain dan dapat berkomunikasi dan
berinteraksi dengan orang lain secara efektif seterusnya Kecerdasan Musik (Music
Smart) iaitu mempunyai sensitiviti dalam perkara berkaitan dengan melodi,
irama, ton bunyi, kebolehan untuk menggemari, mendiskriminasi, mengekspresi,
mempersepsi, membeza, mengubah dan meluahkan perasaan melalui music seterusnya
Kecerdasan Naturalis (Nature Smart) iaitu kebolehan untuk mengenal pasti,
mengkategorikan pola, corak atau bentuk yang terdapat di dalam alam sekitar
serta menggunakan ciri-ciri alam pesekitaran seterusnya Kecerdasan
Eksistensialisme (Wondering Smart) iaitu kemampuan untuk memahami aspek-aspek
berkaitan kejadian dan kewujudan manusia, erti kehidupan, kematian dan juga
reality yang dihadapi oleh manusia dalam kehidupannya dan yang terakhir
Kecerdasan Kinestetik (Body Smart) iaitu kebolehan untuk memanipulasikan objek
dan mahir serta cekap menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh
badan mereka untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Aufa Binti Md Nasir, berumur 14 tahun dan sekarang menduduki kelas
2 ikhlas. Mempunyai kulit yang sawo
matang serta menyukai masakan ibunya juga mempunyai fizikal yang sederhana dan
kurang aktif di dalam aktiviti sukan. Pelajar ini merupakan seorang yang
menjaga gaya pemakanannya. Beliau seorang yang cerdik dan mampu berdikari di
dalam pelajaran, memerlukan pemantauan dan dorongan guru, suka berkawan
walaupun kurang mahir dalam bersosial. Cenderung mengikuti nasihat guru dan
mengikutinya. Mempunyai moral sangat yang baik. Dari segi kecerdasannya dia
lebih kepada Kecerdasan Interpersonal (People Smart) diikuti Kecerdasan
Naturalis (Nature Smart) seterusnya Kecerdasan Eksistensialisme (Wondering
Smart).
Nurul Aqila Binti Roslan, berumur 14 tahun dan juga sekarang
menduduki kelas 2 ikhlas. Mempunyai
kulit yang sawo matang serta menyukai makanan laut, mempunyai fizikal yang agak
gempal dan juga kurang aktif di dalam aktiviti sukan. Pelajar ini merupakan
seorang yang kurang menjaga gaya pemakanannya. Beliau seorang yang lemah dan kurang
mampu berdikari di dalam pelajaran, juga memerlukan pemantauan dan dorongan
guru, suka berkawan walaupun kurang mahir dalam bersosial. Cenderung mengikuti
nasihat guru dan agak kurang mengikutinya. Mempunyai moral sangat yang baik.
Dari segi kecerdasannya dia lebih kepada Kecerdasan Musik (Music Smart) diikuti
Kecerdasan Interpersonal (People Smart) seterusnya Kecerdasan Kinestetik (Body
Smart).
Keputusan ujian Kecedasan Pelbagai Howard Gardner yang telah
dilakukan adalah seperti ditunjukkan dalam lampiran didapati kedua-dua pelajar
ini mempunyai kecerdasan yang tertentu pada sasaran yang ditetapkan dan didapati
pelajar mempunyai kecenderungan kearah kecerdasan yang berlainan. Oleh yang
demikian, saya telah melakukan penambahbaikan keatas kedua-dua pelajar ini agar
mereka faham akan kemampuan kecerdasan pelbagai mereka bagi membolehkan pelajar
ini menguasai kecerdasan yang dikehendaki dengan lebih baik.
#AbuFateh/BangChik Rafaie
No comments:
Post a Comment