Thursday, August 15, 2019

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 2

Nama

Mata Pelajaran
Maharat Al-Quran
Tingkatan
2 Ihsan
Tarikh
19/04/2019 (Minggu 15)
Masa
8.00 – 8.50 pagi
Bilangan Pelajar
10/10 orang perempuan
Tajuk
2.4 Hukum Huruf Lam Lafaz Allah
Standard Kandungan
2.4.1 mengetahui hukum lam lafaz Allah.
2.4.2 membicarakan keadaan lam lafaz Allah dibaca tebal
2.4.3  Menyebut sebab lam lafaz Allah dibaca tebal dan contoh-contoh.
2.4.4  Menerangkan keadaan lam lafaz Allah dibaca nipis
2.4.5 Menyebut sebab lam lafaz Allah dibaca nipis dan contoh-contoh
2.4.6 mempraktiskan bacaan Al-Quran dengan hukum lam lafaz Allah.

Standard pembelajaran
1)     Menyebut hukum lam lafaz Allah
2)     Menjelaskan hukum lam lafaz Allah
3)     Menyebut hukum lam lafaz Allah
4)     Menyebut hukum lam lafaz Allah dan mengamalkannya
5)     Menyebut hukum lam lafaz Allah dan mengamalkannya dengan membaca Al-Quran
6)     Menyebut hukum lam lafaz Allah dan mengamalkannya dengan membaca Al-Quran dengan bertajwid

Objektif Pembelajaran
Di akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat :
1)     Menyebut hukum lam lafaz Allah
2)     Menerangkan keadaan lam lafaz Allah dibaca tebal
3)     Menyebut sebab mengapa huruf lam lafaz Allah dibaca tebal
4)     Menerangkan keadaan huruf lam lafaz Allah dibaca nipis
5)     Menyebut sebab mengapa huruf lam lafaz Allah dibaca nipis
6)     Membaca huruf lam lafaz Allah dengan bertajwid.

Aktiviti
Penerangan, perbincangan kumpulan dan soal jawab
Pengetahuan Sedia Ada
Murid-murid pernah melihat dan biasa membaca tetapi masih belum dapat mengenalpasti ayat Al-Quran yang mengandungi hukum huruf lam lafaz Allah.
Kemahiran Berfikir (KB)
Membezakan antara hukum lam lafaz Allah yang tebal dan nipis, membaca ayat lam lafaz Allah yang tebal dan nipis, memberi contoh ayat lam lafaz Allah yang tebal dan nipis, menjana idea, menyelesaikan masalah bacaan yang betul.
Penerapan Nilai(PN)
Ketelitian/kepekaan, Kekemasan Menjawab, Semangat Kerjasama. Yakin, menumpukan perhatian, taat, rajin, bertanggungjawab, kritis, mesra,  bersungguh-sungguh, berani mencuba, berusaha,     
Bahan Bantu Mengajar (BBM)
1. Komputer Riba
2. Pembesar Suara
3. Al-Quran Terjemahan
4. Buku Maharat Al-Quran Tingkatan 2
5. Papan Putih
6. Kertas Mahjung
7. Pen marker.
8. LCD Projektor

LANGKAH / MASA
ISI KANDUNGAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi

(5 minit)
Tayangan  video bacaan huruf hijaiyah secara berlagu

Hukum Lam Lafaz Allah

Contohnya :


-        Guru memberi salam dan seterusnya mengajak murid bersama-sama membaca doa, mengucap dua kalimah shahadah, dan bertanya khabar.
-         
-        Pelajar berdiri, menjawab salam, membaca doa, mengucap dua kalimah shahadah, dan menjawab pertanyaan guru denngan yakin dan mesra.
-         
-        Guru memaparkan sebuah video potongan bacaan Al-Quran berlagu dan bertajwid oleh Qari dari Timur Tengah (Syeikh Hani Ar-Rifaie) mengikut hukum lam lafaz Allah.

-        Guru menanyakan soalan kepada murid tentang tajuk yang akan dipelajari pada hari ini.
-         
-        1. Apakah yang kamu dapat dari bacaan Qari itu tadi?

Guru meminta murid menyatakan sebarang hukum yang boleh dikenalpasti daripada bacaan Qari Hani Ar-Rifaie sebentar tadi.

1. Bolehkah kamu nyatakan sebarang hukum yang dapat diperoleh dalam bacaan itu tadi?

Secara rawak guru meminta lebih kurang 4 orang pelajar menjawab soalan-soalan di atas.

Guru menerima semua jawapan pelajar tidak kira betul atau salah.

Guru memperkenalkan tajuk yang akan dipelajari hari ini iaitu hukum lam lafaz Allah.
BBM :
Bacaan berlagu
Komputer Riba, LCD Projektor, Papan putih, pen marker

KB :
Menjana idea, menyelesaikan masalah bacaan yang betul

PN :
Ketelitian/Kepekaan, menumpukan perhatian,  Semangat Kerjasama. Yakin, menumpukan perhatian, taat, rajin, bertanggungjawab, kritis, mesra,  bersungguh-sungguh, berani mencuba, berusaha
LANGKAH / MASA
ISI KANDUNGAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN

Perkembangan Langkah 1

 (20 minit)

Penerangan mengenai hukum huruf lam lafaz allah
-        Hukum lam lafaz allah
-        Keadaan dibaca tebal
-        Sebab dibaca tebal
-        Keadaan dibaca nipis
-        Sebab dibaca nipis

-         
-        Guru memperkenal topik hukum huruf lam lafaz Allah.

-        Guru menerangkan 2 jenis bacaan hukum huruf lam lafaz Allah yang terdiri daripada hukum lam lafaz Allah yang tebal dan nipis.

 







Pelajar mendengar penerangan guru dan memberikan perhatian.

Guru menyalin perbezaan lam lafaz Allah yang tebal dan nipis di atas papan putih.

Pelajar dikehendaki untuk menyalin perbezaan tersebut di dalam buku nota mereka.

-        Guru menunjukkan contoh di atas paparan skrin “power point”:

 








-        Guru memilih 2 orang pelajar secara rawak untuk membacakan ayat yang dipaparkan.

Dua orang pelajar tersebut mengalunkan bacaan yang dipaparkan, sementara pelajar yang lain menumpukan perhatian dan mendengar bacaan dari rakan mereka.

Guru memperbetulkan tajwid dalam bacaan hukum lam lafaz Allah .
-         
-        Setelah selesai, pelajar yang lain pula diminta untuk menyatakan perbezaan hukum huruf lam lafaz Allah yang tebal dan nipis.

Guru menjelaskan perbezaan keadaan hukum huruf lam lafaz Allah tebal dan nipis yang terdapat dalam potongan ayat yang dibacakan oleh 2 orang pelajar itu tadi.


BBM :
Buku Teks Maharat Al-Quran, Al-Quran Terjemahan,  Pembesar Suara, Papan Putih
LCD Projektor
Komputer Riba

KB :
Membezakan antara hokum huruf lam lafaz Allah yang tebal dan nipis, membaca ayat lam lafaz Allah yang tebal dan nipis, memberi contoh ayat lam lafaz Allah yang tebal dan nipis, menjana idea, menyelesaikan masalah bacaan yang betul.

PN :
Ketelitian/Kepekaan, menumpukan perhatian,  Semangat Kerjasama. Yakin, menumpukan perhatian, taat, rajin, bertanggungjawab, kritis, mesra,  bersungguh-sungguh, berani mencuba, berusaha
LANGKAH / MASA
ISI KANDUNGAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN

Perkembangan Langkah 2 Variasi Ransangan

(10 minit)

Aktiviti berpasangan

-        Sesi soal jawab antara murid dengan murid
-        Menjalankan aktiviti secara spontan dan terancang.
-         
-        Pelajar dibahagikan kepada  kumpulan. Setiap kumpulan mestilah terdiri darpada dua orang pelajar.

-        Guru meminta kumpulan pelajar datang ke hadapan kelas

-        Pelajar pertama akan membaca soalan latihan (seperti dalam gambarajah di bawah) kepada pelajar kedua

-        Pelajar kedua akan menberikan jawapan dengan menyatakan hukum huruf lam lafaz Allah tebal atau nipis,

 










Di dalam kumpulan, guru meminta pelajar memberikan mana-mana ayat di dalam Al-Quran yang mengandungi hukum lam lafaz Allah tebal dan nipis.

Pelajar dikehendaki untuk menulis ayat yang dinyatakan di atas di dalam buku nota mereka.

Guru akan menyemak jawapan yang diberi oleh pelajar sama ada menepati hukum huruf lam lafaz Allah.

Guru memperbetulkan mana-mana jawapan yang tidak tepat.


BBM :
Salin Latihan dalam Buku Teks Maharat Al-Quran

KB :
Membezakan antara hokum huruf lam lafaz Allah yang tebal dan nipis, membaca ayat lam lafaz Allah yang tebal dan nipis, memberi contoh ayat lam lafaz Allah yang tebal dan nipis, menjana idea, menyelesaikan masalah bacaan yang betul.

PN :
Ketelitian/Kepekaan, menumpukan perhatian,  Semangat Kerjasama. Yakin, menumpukan perhatian, taat, rajin, bertanggungjawab, kritis, mesra,  bersungguh-sungguh, berani mencuba, berusaha.

LANGKAH / MASA
ISI KANDUNGAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN

Langkah 3
Kemahiran Penyoalan

(10 minit)

Teknik Soal Jawab
-        Sesi soal jawab guru dengan murid

-        Berkomunikasi melalui aktiviti penghasilan soalan

-        Menjalankan aktiviti secara spontan dan terancang
-         
-        Guru berbincang dengan pelajar tentang jawapan kepada aktiviti

-        Guru mengajukan soalan kepada pelajar berkaitan hukum lam lafaz Allah.

-        Setiap kumpulan pelajar menulis jawapan di atas kertas mahjung yang telah disediakan dan membentangkan jawapan masing-masing di hadapan kelas.

-        Kumpulan yang lain wajib menanyakan satu soalan kepada kumpulan yang membentang.
-         
-        Guru memantau setiap soalan dan jawapan yang dikemukakan oleh kumpulan pelajar.

-        Guru memperbetulkan dan menjelaskan jawapan yang tidak tepat.
-         
Kumpulan pelajar yang dapat memberikan jawapan yang tepat diberikan kata-kata pujian dan penghargaan oleh guru.

Kumpulan pelajar yang tidak dapat memberikan jawapan yang tepat juga diberikan kata-kata penghargaan dan positif.

BBM :
 Latihan dalam Buku Teks Maharat Al-Quran
Kertas Mahjung dan marker pen.

KB :
Membezakan antara hokum huruf lam lafaz Allah yang tebal dan nipis, membaca ayat lam lafaz Allah yang tebal dan nipis, memberi contoh ayat lam lafaz Allah yang tebal dan nipis, menjana idea, menyelesaikan masalah bacaan yang betul.

PN :
Ketelitian/Kepekaan, menumpukan perhatian,  Semangat Kerjasama. Yakin, menumpukan perhatian, taat, rajin, bertanggungjawab, kritis, mesra,  bersungguh-sungguh, berani mencuba, berusaha

LANGKAH / MASA
ISI KANDUNGAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN

Penutup
(5 minit)

Kognitif
-        Merumuskan kandungan pelajaran dan mengulang isi-isi penting berkaitan jenis dan contoh  hukum lam lafaz Allah

Sosial
-        Memberi peneguhan positif, mewujudkan dan memotivasikan perasaan ingin tahu seperti memberikan ganjaran kepada kumpulan/ individu yang dapat melakukan tugasan dengan pantas dan betul serta kemas



1. Guru memaparkan beberapa contoh ayat yang mengandungi hukum huruf lam lafaz Allah dari Surah Yaasin, yang dibaca tebal dan nipis.

2. Guru meminta setiap kumpulan pelajar untuk membacakan ayat yang dipaparkan yang mengandungi hukum huruf lam lafaz Allah yang dibaca tebal dan nipis.


5. Pelajar membaca beberapan potongan ayat Al-Quran yang dipaparkan oleh guru.

6. Pelajar menyatakan keadaan perbezaan ayat-ayat yang mengandungi hukum huruf lam lafaz Allah yang tebal dan nipis.

7. Guru memperbetulkan keadaan perbezaan ayat-ayat yang mengandungi hukum lam lafaz Allah yang tebal dan nipis kepada pelajar jika jawapan yang diberikan pelajar tidak tepat.

8. Guru memberikan kata-kata pujian dan penghargaan kepada pelajar yang berjaya menjawab dengan betul.

9. Manakala guru memberikan kata-kata positif dan semangat kepada pelajar yang gagal memberikan jawapan yang tepat supaya dapat memotivasikan mereka.




KB :
Membezakan antara hokum huruf lam lafaz Allah yang tebal dan nipis, membaca ayat lam lafaz Allah yang tebal dan nipis, memberi contoh ayat lam lafaz Allah yang tebal dan nipis, menjana idea, menyelesaikan masalah bacaan yang betul.

PN :
Ketelitian/Kepekaan, menumpukan perhatian,  Semangat Kerjasama. Yakin, menumpukan perhatian, taat, rajin, bertanggungjawab, kritis, mesra,  bersungguh-sungguh, berani mencuba, berusaha.


#AbuFateh/BangChik Rafaie














No comments:

Post a Comment